Thursday, June 30, 2011

mencari sayang~

Dah beberapa hari dok berkira-kira pasal benda ni. Makin pulak tertanya-tanya sebab ada plak terjadi kat depan mata..sebagai seorang wanita, isteri or ibu, sering kita tertanya, sayangkah pasangan kita pada kita? Kenapa persoalan ni boleh timbul ek? Aku rasa sebab RASA kurang kasih sayang la kott..hehe..tapi ada orang berkata, kasih sayang and rasa cinta tu tak payah la nak tunjuk, cukup dengan boleh rasa jek..bagi aku, tak berapa nak setuju la dengan stetmen nih, sebab bagi aku bukan setakat bagi feel aja, lagi cantik kalo kasik show. Unfortunately, tak sume lelaki seromantik itu..tak segan2 nak tunjuk perasaan kasih sayang and cinta (kalo dapat yang ni, hidup sentiasa rasa berbunga2..hehe). Bagi yang tak suka nak show ni, dorang claim dorang sayang tapi kalo dok cakap jek tapi tak nampak pun or ala2 kabur jek kasih sayang and cinta tu, tentu la kaum hawa ni musykil dan ragu2..ye tak?

Persoalan ni tadi berbalik pada satu cerita ni..kisah benar, terjadi dalam kehidupan harian kita. Seorang wanita yang akhirnya jadi keliru dengan hubungannya. Hampir melangkah ke fasa yg seterusnya dalam perhubungan, tup tup..boleh timbul persoalan ni..si dia masih mencari sayang. Erkk! Heloooo..boleh plak ko kata ko baru nak carik sayang? Abis yang selama ni tu perasaan apa? Saja suka-suki? Saja nak berteman? Ishhh..betapa luluhnya perasaan seorang perempuan bila kekasih hati rupanya masih mencari sayang, sedangkan waktu itu si perempuan penuh sarat dgn perasaan cinta dalam hati, perasaan kasih sayang yang membuak-buak dan sedang mencatur kehidupan di masa hadapan..perghhh..lelah! Letih sungguh bila jadi perempuan yang stucked dalam hal cenggini..agak-agak, apa sebabnya ye? Lelaki tu ada pengalaman pahit? Lelaki tu nak main2 aja? Lelaki tu tak bersedia nak buat komitmen? Lelaki tu takut dengan apa yang bakal menanti kat depan? Apa sebenarnya lelaki ni nak?Ishh..senang je lelaki ni, tak sensitif langsung pada hati dan perasaan orang perempuan..


So, macamana? Nak teruskan or just berhenti di tengah jalan? Kalau diteruskan takut nanti lelaki tu tak jumpa sayang yang dicari walau dah dok bagi time..(Ingat macam cari barang kat kedai ke? Or nak kena tukar ganti aweks baru jumpa?) Kalau nak berhenti pulak, dah jauh sangat nak patah balik..aishhh..pening2! Senang aja, jawapan ada pada kita. Tepuk dada tanya selera. Memang kecewa kalau perkataan masih mencari sayang tu keluar dari mulut kekasih hati kita (believed me, I went thru this) tapi tanyalah diri, tabahkah kita nak menghadapinya. Tiada jaminan, cuma ada usaha dan doa je.. Jadi, kat sini la di mana kita la yg kena show kasih sayang tu, sbb lelaki ni tak reti (ke buat2 bodo??) sampai kununnya blom jumpa sayang tu, kita kena la jadi tutor dia. Memang makan hati woo..dia makan dalam baikkk punya, tapi percayalah..usaha tunjukkan kasih sayang dan berdoa byk2 kat Tuhan mintak dibukakan, dilembutkan hatinya serta diwujudkan rasa cinta dlm dirinya..insya Allah,tanpa rasa putus asa, dia akan jumpa sayang yg dicarinya..but this applies to certain men la..kalo dah jenis buaya darat yang bertopeng tu, aku pun tak tau la nak kata apa..buat la loving gile camne pon, dia tetap camtu jugak..korang la yang lagi kenal buah hati korang..hehe.. Well, look at the brighter side, bersedia menerima apa jua consequences dari keputusan yg kita pilih, semua ini adalah ketentuan Tuhan yg menduga ketabahan hati kita sebagai hambaNya..be strong! <3

No comments:

Post a Comment