Thursday, July 7, 2011

tanggungjawab:tertanggungkah?

today meh kita cerita pasal tanggungjawab. sebagai individu, setiap org punya tanggungjawab. kalau dari anak sekolah or student - tanggungjawabnya belajar. kalau pekerja - tanggungjawabnya kerja dgn dedikasi dan amanah. kalau cikgu - tanggungjawabnya mendidik anak bangsa. kalau alim ulama - tanggungjawab membimbing manusia ke jalan Allah. ishhh..pokoknya selagi kita ni bernama manusia, mmg ada tanggungjawab yg mesti kita laksanakan hatta membantu org yg dlm kesusahan jg menjadi tanggungjawab kita..selagi belum tutup mata la kiranya..


tanggungjawab wujud dari kasih sayang yg ikhlas
sebagai seorang anak, tanggungjawab kita utk patuh pada ibu bapa, menyayangi dan menghormati mereka..apa lagi bila mereka dah tua dan tk tahu bila2 masa tuhan akan ambil mereka dari tangan kita..bagi aku, selagi ada hayat ibu bapa aku, aku akan pastikan aku buat yg terbaik utk mereka..(mak, i wish i still hv u with me..ada byk benda adik nk buat lagi utk mak..ohohoho..mak, adik rindu mak!!) ayah, sering je tk sihat kebelakangan ni, buat aku rasa berdebar-debar..(ya Allah! berikanlah kesihatan yg baik utk ayahku, panjangkanlah usianya agar aku dpt berbakti padanya..). kalau sebelum ini tanggungjawab kita sbg anak, pelajar, pekerja semua dah kita laksanakan..tiba time kita kawen plak, kita ada tanggungjawab pada suami or isteri. tanggungjawab yg baru kita pikul ni akan menentukan dpt tk kita mengemudi keluarga kita macam yg mak bpk kita buat. masa memula kita berumahtangga ni byk yg kita kena beri penekanan macam pasal kesesuaian, persefahaman, tolak ansur, kasih sayang dan sebagainya. ianya menjadi titik tolak sebuah rumahtangga yang bahagia.



and then, tiba plak masa bila kita yg dah kawen nih, menjadi ibubapa. kelahiran ank yg dinanti dgn penuh gementar dan kegembiraan. sekarang, tanggungjawab tadi tu dh bertambah, untuk meneraju keluarga, untuk menjaga dan membesarkan ank2. menyediakan segala keperluan yg terbaik utk mereka. kalau boleh nk yg paling mahal, paling selamat dan semua yg paling2 lah! semuanya utk kebaikan dan kesejahteraan ank2. alangkah gembiranya hati melihat ank membesar depan mata, daripada bayi yg masih merah kepada seorang kanak2 yg periang dan aktif. tanggungjawab ini tidak akan habis, malah bertambah apabila ank kita melangkah ke alam persekolahan, menyediakan keperluan sekolah dan kelas tuition pulak dgn harapan ank kita akan lebih bijak. secara tidak langsung, apabila kita sbg ibubapa menunjukkan sikap tanggungjawab terhadap ank2, mereka akan dapat merasa kasih syg yg tk berbelah bahagi pada mereka..balasannya, mereka akan jadi ank yg mendengar kata, rajin belajar, taat, patuh dan yg penting merasa bertuah mempunyai ibubapa seperti kita. (huhu..semoga ank2 aku berbangga pye mama seperti aku).


tanggungjawab terhadap amanah Allah
tapi itu cerita yg baik2 dan yg manis2 ttg tanggungjawab yg dipikul dgn tangan terbuka, dgn hati yg rela dan atas rasa keimanan..kita pulak berbangga dgn diri kita yg berjaya melaksanakan tanggungjawab nih..tp, jgn la silap pulak, ada jgk individu2 yg tk mampu nk menjalankan tanggugjawab ni. bg org yg begini, sememangnya merasakan tanggungjawab ni satu bebanan berat yg terpikul kt bahu mereka..satu perkara yg memerangkap mereka..menyekat kebebasan mereka dan mengikat langkah2 mereka..mcm kisah seorg ank yg merasakan berat tanggungjawab menjaga ibu atau bapa yg sakit..mereka merasa terbeban..
"iskkk..leceh la mak ni..nape buang air sepah2 ni mak?kan org dah suruh pakai lampin..eeee..tgk, menyusahkan betullah!!"


atau seorang pelajar yg malas nk belajar utk membalas jasa ibubapa..
"alah, tk payah la nk belajar sgt..bpk aku byk duit..klo tk pandai sekolah pon nnt reta bp aku byk..apedehalll.."


atau seorang suami yg rasa tersekat kebebasan..
"aku tk suka kau tya mana aku pergi, apa aku buat, tkyah nk membebel la.."


atau seorg lelaki yg baru menjadi bapa..
"eh, ank kau..pandai2 lah kau nk jaga mcmana pon.."


ayat seorang isteri yg mementingkan karier..
"bang, kang awk jgn lupa masak nasik, sy seboklah..tkde masa nk masak.."


hoh!!mmg byklah ayat2 tk bertanggungjawab yg boleh kita kutip..semua ni hanya terjadi kalau mereka ni tk dpt menerima tugas dan tanggungjawab yg ptt mereka laksanakan. mereka lupa akan peranan mereka dlm hidup kerana memikirkan kepentingan diri mereka semata-mata. juga disebabkan tidak ada perasaan tulus dan ikhlas dlm diri..terlalu mengikut nafsu yg menenggelamkan iman dan membiarkan pertimbangan dah kewajaran luput begitu saja..

alangkah ruginya mereka ini, bila kala mereka tua nnt dan tersedar..menoleh ke belakang, merenung akan perbuatan mereka yg mengabaikan tanggungjawab..mereka akan menyesali masa..andai dpt kuputarkan masa, aku akan jd seorng ank yg bertanggungjawab, menjaga ibubapa hingga ke hujung nyawa mereka..andai dpt kuundur masa, aku akan belajar bersungguh2..dan jd org yg berjaya..andai dpt kuputarkan masa, aku aku cintai isteriku sepenuh hati, agar dia sentiasa disisi, andai dpt kuundur masa, akan kusayangi ank ku sepenuh jiwaku, agar dia jd insan berperibadi, andai dpt kuputarkan waktu, akan ku jd isteri setia, mengasihi suamiku yg menjadi pelindung jiwa..ahhhhh..tp, pada masa itu semuanya dh terlambat..bimbang juga kalau Tuhan mengambil nyawa..pada masa itu, tanggungjawab yg masih terhutang, tidak terlaksana, tidak terlunas, tidak tertunai akan menjadi tanggungan kita..jadi, TERTANGGUNG KAH?

No comments:

Post a Comment