Monday, July 25, 2011

kecik ati!!

" Ketahuilah, bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ianya baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekelian. Ketahuilah, Itulah yang dikatakan hati ".
* Hadis Rasulllah SAW ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

aduhhhh...nasib badan..bila ckp soal hati ni, mmg susah sikit. nk menelah hati org, lagiiii la susah. kdg2 org lupa, hati ni satu organ dalaman yg sensitif, mudah sgt terpeleotnya.. klo dari segi kesihatan pun, hati ni kena dijaga elok2.. klo kita ni consume alkohol ke, isap rokok ke or tk jaga pemakanan ke, hati pun boleh rosak.. mendapat la kita mcm2 penyakit berpunca dr hati.. satu lg, tiap manusia mmg ada penyakit hati, penyakit ni kdg2 asalnya dr perasaan hasad dengki. org yg mengidap sakit ni, asik tk puas hati je dgn org lain..ada je yg tk kenanya..ishhh..tk mau la aku penyakit yg satu ni..tkde pekdah!

ada lak bezanya hati org pompuan dgn hati org lelaki. org lelaki hatinya keras, org pompuan hatinya lembut, macam agar2..(tp awas! kdg2 boleh gak jd cam batu..). hati org pompuan mudah tersentuh, hati org lelaki tkdenya nk sentuh2 sume ni..dia ikut sedap dia jek..tu lah aku nk kata, susah bila org tk prihatin ttg hati ni.. kdg2 bila hati dh tersentuh, boleh menyebabkan hati jd kecik! (ishh..bahaya sakit nih, setahu aku hati manusia ni besar, kang mau kecut sampai tinggal besar penumbuk budak jek!) yelah, kdg2 benda nk jadi diluar sedar, atau dgn sedar tanpa atau dgn intention..org yg menerima lak kdg2 boleh terima sbb masa tu hati dia sebesar kolam, or tk boleh terima sbb masa tu hati dia cuma sebesar cawan..tp, bila benda dh berlaku, akan ada la consequences nya..hurmmm..


bagi aku apa jua yg berlaku semalam, mmg betul2 mengecilkan hati aku, klo nk diukur ntah tinggal besar tapak kaki baby aku je agaknya.. tu baru kira kecik hati, belum kira lak bape jauhnya hati aku.. klo boleh lari, maybe dah sampai bali..tp, yelah..aku terima. mungkin smlm bkn hari aku.. bkn masa aku.. bkn utk aku..

bila pikir2 balik, mungkin ada hikmahnya, (ini lebih nk pujuk hati sdrilah ni..hehe..). mungkin dgn cara ini aku akan dpt memperkukuhkan hati. biar jadi lebih besar dlm ertikata luas ke infiniti. bila aku hati aku besar, aku akan jd kuat semangat.. aku akan pastikan aku akan dpt capai dan gapai apa yg aku impikan.. tkpe, tk perlu menumpang, Tuhan akan bg aku kekuatan hati utk berdiri..insya Allah aku akan mampu menghadapi..

ya Tuhan, kuatkan lah hatiku..

P/S: tp, baru2 ni, aku mmg 'puas hati' lah..bila dpt buat satu benda yg mmg dh lama aku ptt buat..sronok jgk bila sekali skala tk 'jaga hati' org.. :)

2 comments:

  1. Soal hati...? hati kita tidak penting ..., yang penting ialah hati orang yang kita sayangi, walau lumat hancur berkecai, tak apa asal kita dapat membahagiakan orang lain terutama orang yang paling kita sayang 'bak lagu P Ramlee berkorban apa sahaja'....barulah kemudian nanti kita boleh membicarakan soal hati tanpa rasa prejudis. Kerana bak pelangi yang hadir selepas rintik-rintik gerimis. Begitulah kefahaman tentang soal hati....Salam

    ReplyDelete
  2. mungkin dulu sy org yg mcm tu..tp skrg, sy mengharap agar org lain jg dpt menjaga hati sy sepertimana sy menjaga hati mereka..let it be a win-win situation..parah lah kalo berat sebelah..thanks fr the comment..

    ReplyDelete